KPLB Bantu Perkasa Program Vaksinasi Bergerak di Pedalaman Sabah

- Advertisement -

PAPAR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan Operasi Vaksin Penilaian Pantas atau Rapid Assessment Vaccination Operation (RAVO) bagi mempercepatkan proses vaksinasi masyarakat luar bandar di Sabah.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelaksanaan program vaksinasi secara mobil itu adalah bagi memudahkan urusan logistik masyarakat tempatan untuk menerima vaksin.

“Keprihatinan KPLB dan MARA ini merupakan komitmen kementerian dan agensi kita dalam mendokong pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 bagi membolehkan semua masyarakat di luar bandar khususnya hari ini di Dun Pantai Manis untuk menerima suntikan vaksin sebelum hujung tahun ini.

“Program ini juga akan meliputi kawasan Kinabatangan, Beaufort dan Tawau dengan sasaran tujuh ribu penduduk akan divaksin,” jelasnya pada sidang media Majlis Walkabout Menteri KPLB Ke Pusat Vaksinasi Papar, hari ini.

Mahdzir menambah, program RAVO melibatkan 21 buah perkampungan di Papar meliputi 1,500 orang masyarakat luar bandar yang masih belum menerima suntikan vaksin.

Proses suntikan ini juga jelasnya akan dilaksanakan selama satu minggu bermula 1 hingga 7 Disember 2021.

“Ia akan menggunakan tujuh unit kenderaan pacuan empat roda dan satu unit van sebagai kemudahan pengangkutan.

“Enam buah bas MARA Liner diubah suai menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan sembilan buah kaunter vaksinasi termasuk untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya.

Program dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan anak syarikatnya, MARA Liner Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan Pusat Kesihatan Daerah Papar, bergerak dari rumah ke rumah penduduk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat