PPBM Perak Percaya Ada Usaha Menjatuhkan MB

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pertubuhan Pribumi Bersatu Perak (PPBM) percaya usaha menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih berterusan walaupun ia dinafikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bulan lalu.

Menurut sumber PPBM yang rapat dengan Menteri Besar Perak, usaha untuk menjatuhkan Ahmad Faizal dilakukan oleh DAP dan PKR dengan sokongan fraksi tertentu di dalam UMNO.

Bulan lepas SuaraTV melaporkan Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO Perak tidak dapat dipulihkan.

Namun laporan kami dinafikan oleh Pengerusi UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad yang mendakwa laporan tersebut merupakan khabar angin yang tidak berasas dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ahmad Faizal juga ketika itu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu bagi menumbangkan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya.

Namun hari ini Speaker DUN Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid memberitahu portal Malaysiakini bahawa usul ‘undi percaya’ yang dikemukakan oleh Adun Pengkalan Baharu (BN) Abd Manaf Hashim telah dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat dan akan dibahaskan pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak Jumaat depan.

Walaupun usul ini dikatakan sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Menteri Besar Perak, namun ia mempunyai implikasi yang sama  seperti usul undi tidak percaya. Sekiranya usul ini gagal mendapat sokongan majoriti maka ia membawa makna Ahmad Faizal telah hilang sokongan majoriti DUN Perak.

Realitinya krisis politik Perak belum berakhir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat