Saarani Nafi Ada Komplot Tukar MB Perak

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

Ipoh – UMNO Perak menafikan dakwaan ia berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu untuk merampas jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata dakwaan itu hanya khabar angin yang tidak berasas dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tiada siapa jumpa saya, tiada siapa yang tawar (sokongan) kepada saya, tiada siapa yang menghasut saya. Tiada apa-apa yang berlaku,” katanya dalam sidang media mengenai Geran Usahawan Perak (Gerup) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Saarani, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, mengulas laporan SuaraTV hari ini yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Dalam laporan itu, Saarani dikatakan mendapat sokongan daripada empat ADUN PKR, DAP dan PAS untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Kerajaan negeri Perak yang ditadbir PN terdiri daripada 25 ADUN BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (5), PAS (3) sementara baki kerusi DUN dimiliki DAP (16), Amanah (5), PKR (3) serta Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Menjelas lanjut, Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, berkata tiada sebarang konflik antara dirinya dengan Ahmad Faizal khususnya melibatkan hal pentadbiran di peringkat negeri.

“Sekarang tanggungjawab kita menumpukan perhatian dan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang akan membela nasib mereka,” katanya.

Selain itu, beliau berkata fokus utama kerajaan negeri pada ketika ini juga adalah untuk mengekang penularan wabak COVID-19 sepertimana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita menerima baik titah baginda supaya semua orang memberi perhatian kepada usaha untuk membasmi COVID-19 dan kurangkan berpolitik. Jadi, selaku rakyat kena akur dengan titah ini,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan