Perak Mungkin Dapat Menteri Besar Baharu – Sumber UMNO

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

IPOH – Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO Perak tidak dapat dipulihkan.

Sejak beberapa minggu lalu, Dato’ Saarani Mohamad telah beberapa kali dilaporkan bercakap dengan pemimpin UMNO mengenai isu kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional Perak dan membayangkan akan membuat tindakan drastik jika tiada perubahan.

Menurut sumber dalaman UMNO, Saarani  telah mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal, bagaimanapun masih memberi ruang kepada pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikannya.

Saarani dikatakan telah mendapat sokongan dari Pas yang mempunyai tiga kerusi dan juga empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR dan DAP. Jika laporan ini benar a bermakna Saarani mempunyai angka yang melebihi jumlah yang diperlukan untuk dilantik sebagai Menteri Besar walaupun tanpa sokongan empat ADUN PBBM.

Sumber tersebut turut menyatakan kemuncak kemarahan UMNO Perak adalah pelantikan ADUN BN sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar yang baharu tanpa melalui sebarang perundingan dengan UMNO dan sikap PPPBM dalam pelantikan Ketua Menteri Sabah tempoh hari.

“Tindakan Peeja (Ahmad Faizal) melantik  ADUN Pengkalan Hulu (UMNO), Dato’ Aznel Ibrahim, sebagai Setiausaha Politiknya, adalah satu tindakan terdesak untuk memecahkan kesatuan UMNO dan melemahkan ruang perundingan.”

Pentadbiran negeri Perak sekarang terdiri daripada Barisan Nasional, PPBM dan PAS, Gerakan, dan bebas mempunyai 35 daripada 59 kerusi DUN.

Perubahan sekutu politik pada Mac lalu, menyaksikan Ahmad Faizal kekal sebagai Menteri Besar Perak walaupun  PBBM hanya mempunyai empat kerusi.

Kerajaan negeri kini terbentuk hasil gabungan wakil rakyat UMNO (25 kerusi), Pas (3 kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (4 kerusi). Dari segi kekuatan politik UMNO sepatunya diberi jawatan Menteri Besar.

“Kita mengambil  sikap bertolak ansur dalam memulihkan pentadbiran negara dan negeri ketika itu. Namun lihat apa yang terjadi di Sabah? Kita hanya kurang 4 kerusi dari PN Sabah, namun mereka langsung tidak bertolak ansur.”

Sumber dalaman UMNO tersebut turut menegaskan apa yang berlaku di Sabah adalah kelangsungan budaya politik PPBM yang mengamalkan politik pecah dan perintah merasakan mereka layak menjadi ketua di mana-mana sahaja kerana UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Seperti mana mereka curi wakil rakyat kita selepas PRu-14, demikian juga di Sabah. Mereka menarik calon bebas yang menang menentang kita sebagai ahli parti mereka. Adakah ini persahabatan politik?

Nada dan gambaran pemimpin UMNO dari Perak yang meminta dirahsiakan identiti beliau menunjukkan UMNO Perak telah bersedia ke Istana Negeri jika tiada jalan penyelesian. -SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...