Bajet 2022: Kerajaan Sediakan Peruntukan Besar Siap Siaga Hadapi Musim Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi menghadapi musim banjir Monsun Timur Laut pada tahun depan,” kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Katanya, peruntukan kesiapsiagaan ini adalah amat penting kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara adalah amat penting.

“Penyediaan dana sebanyak RM100 juta disediakan, antaranya bagi meringankan beban mangsa banjir melalui pemberian Kit Makanan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan juga bersetuju untuk meneruskan Bantuan Musim Tengkujuh untuk membantu meringankan beban sara hidup bagi 320,000 pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh dengan peruntukan RM 190 juta

Selain itu, kerajaan juga akan memberikan perlindungan takaful kepada semua ahli peladang PPK seluruh Malaysia di bawah Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladang dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat