Bajet 2022: Kerajaan Tawar Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan menawarkan diskaun bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Jadual diskaun bayaran balik itu adalah seperti berikut:

Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;

Kedua: Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Katanya, sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat