’emily in paris’ okay sahaja dikritik

- Advertisement -

Los Angeles: Bintang siri Emily in Paris, Lily Collins menganggap kritikan ‘pedas’ yang diberikan penonton terhadap siri yang ditayangkan di Netflix itu umpama hadiah buat dirinya.

Tambahnya, kritikan itu memberi ruang memperbaiki kekurangan dirinya sebagai pelakon.

“Walaupun apa yang dibaca itu kadangkala seperti menjatuhkan, namun, ia juga adalah seperti hadiah. Ia memberi ruang untuk memajukan diri,” katanya.

Siri Netflix hasil karya Darren Star itu mula menjadi sohor kini selepas mula ditayangkan di platform itu sejak awal bulan ini.

Persoalan yang menjadi hujatan pengkritik antaranya adalah mengenai pakaian mewah yang digayakan karakter Emily lakonan Collins, babak-babak yang terlalu klise sehinggalah pelbagai kesilapan kecil yang mencuri perhatian netizen dan pengkritik.

Collins memegang peranan sebagai wanita muda bernama Emily yang kehidupannya penuh dengan drama serta mencuit hati.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat