Petrol turun 6 sen hanya kosmetik, rakyat tak rasa manfaat sebenar – MP Pas

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali mendakwa penurunan harga petrol RON95 sebanyak 6 sen lebih bersifat kosmetik daripada dasar ekonomi yang menyeluruh.

Pengerusi Biro Perpaduan Perikatan Nasional (PN) malah berkata, ia tidak menyelesaikan isu pokok seperti ketirisan subsidi, ketergantungan import makanan, atau kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barang.

Bahkan kata wakil rakyat Pas itu lagi, pengusaha dan peniaga jarang menurunkan harga barang meskipun harga minyak diturunkan.

“Penurunan harga RON95 sebanyak 6 sen nampak kecil dan tidak memberi impak ketara kepada ekonomi rakyat.

“Dalam konteks kos sara hidup yang meningkat mendadak – dari barangan runcit, sewa rumah, bil utiliti, hingga caj perkhidmatan – penjimatan beberapa ringgit sebulan daripada pengisian minyak kereta langsung tidak mengimbangi beban sebenar yang ditanggung rakyat.

“Tambahan pula, inflasi makanan dan keperluan asas kekal tinggi, malah gaji masih statik, menyebabkan kuasa beli rakyat terus terhimpit,” katanya sambil menambah langkah kerajaan ini macam bantu tapi tak bantu.

Akhirnya ujar beliau, rakyat tidak merasai manfaat sebenar, sebaliknya terus dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat tanpa strategi kerajaan yang berkesan untuk melindungi mereka.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat