3 Oktober Bermula Peralihan Monsun, Risiko Banjir Kilat – MetMalaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 3 Oktober 2022 dan berterusan sehingga November 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei 2022.

“Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah
dari pelbagai arah yang sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa
hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Helmi keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta
kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

“Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa
peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi
Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi
Jabatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi
sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat