PM Jamin Ambil Tindakan Terbaik, Lebih Agresif Selamatkan Rakyat Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara ASEAN.

Perdana menteri berkata beliau menerima beberapa video laman media sosial TikTok mengenai kes berkenaan, dan telah menghantar video berkenaan kepada Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk tindakan lanjut.

“Suka saya maklumkan bahawa kerajaan serius untuk menyelesaikan isu ini. Perkara ini telah dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet bulan lepas.

“Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri telah diarah mengambil tindakan segera dan lebih agresif,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Ismail Sabri dalam pada itu turut memuat naik tangkap layar video TikTok Setiausaha Agung Pertubuhan Kemasyarakatan Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim, yang merayu kerajaan mengambil tindakan segera berhubung perkara berkenaan.

Hishamuddin dalam video berdurasi 9.34 minit berkenaan yang dikongsi melalui akaun TikToknya, mahu supaya kerajaan membantu kedutaan Malaysia terutama di Laos, Kemboja dan Myanmar, dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terperangkap di bawah sindiket pemerdagangan manusia.

Beliau turut merayu kerajaan meluluskan peruntukan khas kepada ketiga-tiga kedutaan bagi membantu pengurusan logistik dan kakitangan, termasuk memastikan kakitangan mencukupi selepas ketiga-tiga kedutaan itu terpaksa berkerja 24 jam bagi menjejak rakyat Malaysia yang masih terkandas di sana. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat