Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Awal Pagi Ini

KUALA LUMPUR, – Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Johor pada jam 4.24 pagi tadi dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan negeri berkenaan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berpusat pada koordinat 2.7° Utara dan 102.9° Timur dengan magnitud 3.4 pada skala Richter. Pusat gempa terletak kira-kira 22 kilometer timur laut dari Segamat, Johor pada kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran dilaporkan dirasai di Johor,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Jabatan itu memaklumkan, pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan meminta orang ramai yang merasai gegaran supaya mengisi borang soal selidik yang disediakan di pautan rasmi MetMalaysia.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui portal rasmi mygempa.met.gov.my.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat