Mashitah sangkal terkait sindiket jual orang di Myanmar, cuma bergambar dengan kawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim tampil menafikan penglibatan dirinya dalam aktiviti pemerdagangan manusia di Myanmar seperti yang sedang hangat diperkatakan mutakhir ini.

Mashitah dalam hantaran di Facebook memaklumkan, maklumat berhubung perkara tular di media sosial mengaitkan dirinya dikutip daripada media picisan di Indonesia.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat dan beliau juga telah memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

“Saya telah membuat laporan dan memberi keterangan di (Ibu Pejabat Polis) berkaitan tuduhan liar beberapa pihak seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mengaitkan saya dengan aktiviti Myanmar yang tular.

“Saya tidak akan teragak-agak akan ambil tindakan mahkamah pada pihak cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi saya.

“Terima kasih pada kawan-kawan yang ambil berat,” catat Mashitah.

Dalam pada itu, katanya, beliau kekal utuh berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti bercanggah dengan agama serta undang-undang negara.

Terdahulu media melaporkan, MHO menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik wanita di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat