- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pembatalan sambutan ambang Merdeka 2024 yang dijadual pada 30 Ogos ini.
“Dimaklumkan bahawa Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran DBKL bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 adalah dibatalkan.
“Pembatalan ini adalah sebagai menghormati mangsa – mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Marilah kita bersama – sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” katanya.
Untuk rekod, operasi bagi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini Jumaat lepas, memasuki hari ketujuh hari ini.