17 bulan Muhyiddin jadi PM, Hamzah KDN kenapa tak hapus Akta Hasutan? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tempoh 17 bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sepatutnya cukup waktu untuk menghapuskan Akta Hasutan, namun mengapa tidak berbuat demikian, soal Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu malah menyebut Datuk Seri Hamzah Zainudin juga ketika itu menjawat Menteri Dalam Negeri (KDN) namun tetap tidak bertindak memansuhkan Akta Hasutan yang dianggap zalim itu.

“Hamzah Zainudin dan Dr Marzuki tuduh kerajaan zalim kerana guna Akta Hasutan mendakwa Muhyiddin.

“Zalim jangan dililihat dari segi akta. Zalim harus dilihat kepada fitnah dan pembohongan yang dia lakukan terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-16. Dia bohong pasal 115 MP. Amat menghasut.

“Tidak payah dabik dada masa jadi Menteri KDN Muhyiddin tidak guna Akta Hasutan. Dia jadi Perdana Menteri 17 bulan. Masa itu Hamzah Menteri KDN. Kenapa tidak hapus Akta Hasutan?

“Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. 17 bulan tidak cukup masa ke? Kalau salah, denda RM5,000 atau penjara 3 tahun. Bukan RM200 juta,” tempelak Puad.

Bekas perdana menteri itu didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tuduhan tersebut berkaitan dengan ucapan yang dibuat oleh Muhyiddin semasa acara kempen PN di Felda Perasu di Gua Musang, Kelantan pada 14 Ogos lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat