Projek RM1.7 Juta: SPRM Tahan Pegawai Kanan Anak Syarikat Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah pembangunan perniagaan di sebuah anak syarikat kerajaan negeri ini kerana dipercayai melantik syarikat milik saudaranya bagi mendapatkan projek perisian bernilai kira-kira RM 1.7 juta.

Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 2.20 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam pelantikan sebuah syarikat milik saudaranya yang dibuat secara lantikan terus bagi mengendalikan projek tersebut pada Mac 2020.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini esok bagi dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat