800 Individu Termasuk Bekas Ahli DAP Sertai Warisan

- Advertisement -

SANDAKAN – Seramai 800 individu termasuk sebahagian bekas ahli DAP menyertai Parti Warisan (Warisan) di Elopura, Sandakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Kiet Kiun berkata, ahli-ahli baharu itu berminat menyertai Warisan secara sukarela.

Menurutnya, dengan kehadiran ahli baharu itu, Warisan mereka berjaya membuka sebanyak 12 cawangan baharu di Sandakan.

“Jumlah ini tidak termasuk dengan beberapa cawangan yang masih lagi tidak lengkap dan saya kena tangguhkan dahulu pendafatran sebab masih tidak mencukupi syarat.

“Tetapi, dengan 12 cawangan yang ada sekarang ini sudah memadai kerana sudah melebihi sasaran kami.

“Saya tidak menyangka mampu mengumpul lebih 800 orang untuk menyertai parti Warisan dan dapat membuka sebanyak 12 cawangan dalam masa yang begitu singkat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Calvin berkata, semua ahli baharu itu juga sangat bersetuju dan menyokong keputusan beliau untuk menyertai Warisan sebelum ini.

“Mereka memberikan sokongan selepas melihat kesungguhan dan usaha Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang berjuang untuk rakyat,” katanya.

Menurutnya, borang borang keahlian dan cawangan baharu itu sudahpun diserahkan kepada Setiausaha Agung Parti Warisan, Datuk Loretto Padua semasa Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (2021) di Dewan KDCA, Penampang, baru-baru ini.

Terdahulu, pada Januari lalu, Calvin yang juga bekas ADUN DAP mengumumkan keluar daripada parti berkenaan.

Beliau mengambil keputusan itu selepas mendakwa DAP Sabah hilang arah dan sering disisihkan.

Dua bulan selepas meninggalkan DAP, beliau mengumumkan menyertai Warisan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat