PM Beri Komitmen PRU-15 Tahun Ini – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi komitmen bahawa PRU-15 tidak akan dilaksanakan pada tahun depan.

“Pilihan raya umum sudah tidak lama, Perdana Menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh, takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata, takkan saya hendak bawa tahun depan.

“Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir.

“Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, BN perlu memastikan parti itu menang PRU-15 kerana pilihan raya kali ini akan menentukan soal hidup dan mati parti tersebut.

“Di Pahang, insya-Allah hidup, tapi kita perlu menang juga di peringkat Pusat. Jangan nanti kita perlu lagi menyembah orang, lihat kerajaan pada hari ini yang mana kita terpaksa menyembah orang untuk membentuk kerajaan.

“Untuk membentuk kerajaan yang mantap dan stabil, kita mesti mampu bentuk kerajaan sendiri,” katanya.

Beliau dalam pada itu menegaskan, BN telah pun membuat keputusan parti tersebut akan bersendirian dalam menghadapi PR-15.

Menurutnya, walaupun ada pihak yang masih bergesel-gesel” untuk bersama BN, namun, partinya tidak akan tergoda atau termakan pujuk rayu parti tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan parti politik atau pihak yang masih ‘bergesel’ dengan BN.

“Takkan selalu kita hendak kena tipu, berapa kali kita hendak kena tipu?

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dia minta tiga kita bagi lima. Tapi dia tak nak sebab digembar-gemburkan BN tidak akan menang di Melaka, habis menang pun hanya 11 kerusi sahaja.

“Akhirnya kita menang 21 kerusi, kerusi yang tidak masuk buku pun kita boleh menang. Gadek tak boleh menang semua kata tak boleh menang, tapi boleh menang.

“Jadi, kita jangan putus asa, kita perlu terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat