PRK Slim: Penganalisis Ramal BN Menang Besar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Badan penyelidik Ilham Centre menerusi analisis lapangan terbaru mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim menjangkakan parti serpihan Bersatu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan kalah teruk esok.

Ilham Centre berkata, kajian itu mendapati calon BN, Mohd Zaidi Aziz akan menang besar dan sukar untuk calon Bebas yang mewakili Pejuang membuat kejutan kerana faktor parti.

Bagaimanapun menurutnya, parti Pejuang itu dilihat berjaya memanfaatkan dengan baik peluang sepanjang kempen PRK ini untuk melancarkan serangan terhadap Bersatu dan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ilham Centre turut menjangkakan BN melalui calonnya Mohd Zaidi Aziz mempunyai kelebihan meraih sokongan 4,103 pengundi yang memilih PAS pada PRU14.

Mengulas sikap pengundi Cina, kajian Ilham Centre itu mendapati sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) kini berbelah bahagi setelah kecewa dengan prestasi pakatan itu sebagai kerajaan 22 bulan.

“Selain itu, pengundi Cina menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan Dr Mahathir (Mohamad) malah ada yang percaya apa yang berlaku pada politik sekarang adalah atas perancangan beliau.

“Sekiranya Amir Khusyairi mampu mengekalkan undi yang diperoleh PH ataupun tidak hilang wang pertaruhan, maka ia boleh dianggap satu kejayaan buat parti Pejuang dalam menempatkan mereka sebagai sebuah parti baru dalam landskap politik negara,” katanya.

Ilham Centre turut meramalkan seorang lagi calon bebas, Santharasekaran Subramaniam akan akan hilang wang deposit kerana ketiadaan kempen yang berkesan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat