Keputusan Tak Rasmi: Calon BN Dijangka Menang Di PRK Slim

- Advertisement -

Cyberjaya – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dijangka menang bergaya sekaligus mengalahkan dua calon bebas.

Ketika ini pengiraan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan perolehan 5,173 undi, dikuti calon Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (logo pokok) mendapat 965 undi, sementara seorang lagi calon Bebas berlogo buku memperolehi 167 undi.

BN mendahului majoriti 4,208 undi.

Sehingga jam 3.00 petang tadi, pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim menyaksikan 60 peratus telah keluar mengundi setakat pukul 3 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan 85 peratus daripada 22,749 pengundi biasa akan keluar mengundi sebelum pengundian ditutup pukul 5.30 petang nanti.

Susulan Covid-19, pengundi diberi slot masa untuk mengundi di pusat mengundi masing-masing.

PRK Slim menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, calon yang disokong Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, dan seorang lagi calon bebas, Santharasekaran yang merupakan bekas guru.

PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Mohd Khusairi Abdul Talib, dari BN, akibat serangan jantung, 15 Julai lalu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat