Tak Rasmi: BN Selesa Mendahului PRK Slim Dengan Majoriti 8,358 Undi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan pengiraan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim setakat ini menyaksikan calon BN, Mohd Zaidi Aziz selesa mendahului calon lain dengan kelebihan majoriti 8,358 undi.

BN meraih sokongan 9,980 undi, diikuti calon Bebas logo pokok, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang disokong parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Pakatan Harapan (PH) mendapat 1,622 undi.

Seorang lagi calon Bebas yang menggunakan logo buku, Santhara Sekaran Subramaniam memperolehi 219 undi.

Pada PRU14 lepas, BN menang DUN Slim setelah mendapat sokongan 8,327 pengundi, mengalahkan calon Bersatu yang menggunakan logo PKR (6,144 undi) dan calon PAS (4,103 undi). – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat