Amerika Balas Tindakan Rusia Di Syria Dengan….

- Advertisement -

ALASKA: Sebuah jet pejuang F-22 Amerika Syarikat, dengan dibantu pesawat tangki minyak KC135, telah memintas 2 buah pesawat pengebom Rusia jenis Tu-142 yang sedang terbang di ruang udara antarabangsa, kira-kira 50 batu dari pantai Alaska.

“Pesawat tempur F-22 dari Pusat Pemerintahan Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara, memintas tiga kumpulan dua pesawat peronda maritim Rusia Tu-142 yang memasuki Zon Pertahanan Udara Alaska malam tadi,” kata pusat berkenaan dalam kenyataan pada hari semalam.

Kejadian ini berlaku ditengah-tengah ketegangan antara 2 negara berikutan insiden di Syria dimana pasukan tentera dua negara nyaris bertempur beberapa hari lepas.

Pada hari Khamis, Pusat Pemerintahan Utara AS mengatakan pihaknya turut mengawasi kapal selam Rusia yang muncul di perairan antarabangsa di pantai Alaska. Seorang pegawai AS memberitahu CNN bahawa adalah sangat luar biasa untuk kapal selam Rusia muncul di kawasan itu.

Rusia kadang-kadang menerbangkan pesawat tentera ke Zon Pertahanan Udara Alaska, yang melangkaui ruang udara AS dan Kanada, dan penerbangan itu sering dipintas oleh jet AS atau Kanada yang beroperasi sebagai sebahagian daripada NORAD – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat