PRK Slim: Zahid Ucap Selamat Mengundi

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi memberi ucapan selamat kepada pengundi dalam pilihanraya kecil Slim hari ini.

“Selamat mengundi kepada pengundi PRK N58 Slim hari ini”, kata beliau.

Zahid juga memberikan nasihat berikut, “Keluar awal untuk elakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Doa semuanya berjalan lancar. Buatlah pilihan yang bijak dan tepat”.

Zahid turut mengulas penyertaan Adi Putra yang terkenal dengan kemahiran matematiknya ke dalam UMNO kelmarin.

“Baharu2 ini bersama anak muda, Adi Putra Abdul Ghani, genius matematik yang menyertai UMNO. Tahniah. Semoga menjadi pemimpin gemilang pada masa hadapan”.

Proses pengundian bagi PRK Slim berlangsung hari ini dalam kebiasaan baharu ekoran penularan Covid-19.

Sebanyak 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang.

Ia membabitkan seramai 22,749 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab mereka. Daftar pemilih DUN berkenaan turut merangkumi 267 pengundi awal dan 78 orang mengundi secara pos.

Seramai 689 petugas dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses pengundian PRK DUN Slim tersebut – SuaraTV

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Berita Berkaitan

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...

Kata kerajaan tak ada duit, tapi lantik timbalan menteri pelancongan, rakyat pula tak dibenarkan melancong

KUALA LUMPUR - "Rakyat tidak dibenarkan melancong, tapi saya hairan bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi...

PAS runding agih kerusi dengan Bersatu, bagi ruang UMNO cari hala tuju selesai konflik dalaman

KUALA LUMPUR - Buat masa ini PAS hanya berunding dengan Bersatu soal pembahagian kerusi bakal ditandingi pada PRU-15. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang...