Bekalan air di Kuala Lah, Gua Musang terjamin – JAKOA Kelantan

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

GUA MUSANG – Susulan aduan bekalan air di Buletin Utama pada Sabtu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dalam satu kenyataan menjelaskan kedudukan perkara sebenar.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan JAKOA mendapati, penduduk membuat aduan tersebut adalah bagi mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan sumber air yang bersih di Kampung Kuala Lah.

Aduan itu menyebut, ketiadaan bekalan air menyebabkan 400 penduduk orang asli di Kuala Lah, terpaksa bergantung kepada air tadahan bukit atau tandak yang terletak kira-kira 20 kilometer di kawasan pergunungan Stong.

“Kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja penyelenggaraan sistem rawatan air di perkampungan Orang Asli Kuala Lah telah membuat kerja-kerja di tapak seperti biasa dan akan memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

“JAKOA akan sentiasa memastikan bekalan air terawat di setiap perkampungan orang Asli terjamin dengan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual agar penduduk dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kuala Lah, Ayob Daun berkata , air di KOA Kuala Lah masih ada seperti biasa tetapi ketika hujan lebat air akan bertukar keruh serta berkurang alirannya kerana ruang tandak tersumbat akibat di masuki pasir. – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat