Tun M Mahu Melayu jadi lebih baik, tiada niat merendahkan bangsa sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kritikan terhadap orang Melayu bukanlah niat merendahkan bangsa sendiri sebaliknya mahu mahu orang Melayu berubah menjadi lebih baik.

Demikian penjelasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apabila saya mengkritik orang Melayu, tidak bermakna saya merendahkan bangsa kita tetapi saya mahu orang Melayu berubah kepada yang lebih baik.

“Apa yang paling penting ialah kita sedar kesilapan kita dan membetulkannya bukan hanya menyalahkan orang lain.

“Kita kena tahu di mana kita salah dan kita betulkan. Adalah lebih mudah membetulkan diri sendiri daripada perbetul orang lain,” jelas beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Dr Mahathir menegaskan, orang Melayu sebenarnya tidak ada yang kurang sama ada dari segi kebolehan dan kebijaksanaan.

“Soalnya sama ada kita nak buat atau tidak. Bak kata pepatah, “Kita boleh bawa kuda kepada air, tetapi sama ada kuda itu minum air atau tidak bergantung kepada kuda tersebut”.

“Ini bermakna, kalau kita bagi peluang, tapi tak ambil peluang itu dengan sebaiknya, kita yang akan rugi,” ujarnya.

Tambahnya, naratif Melayu sering disalah guna sebagai semangat ‘Melayu Islam’ tetapi akhirnya, pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

“Apabila bercakap soal Melayu, ia bukanlah untuk mengambil hak orang lain. Pendapat saya kerap kali tidak disukai oleh ramai pihak.

“Saya berterima kasih kepada Gagasan Bangsa, penganjur Persidangan Meja Bulat: Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu, kerana menjemput saya ke program ini.

“Harapan saya ialah cendekiawan, ahli akademik, ahli pertubuhan Melayu dan persendirian akan berusaha mendapat satu solusi bagi kelangsungan bangsa Melayu,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat