Nikmati pengalaman lebih berkuasa dengan HUAWEI MateBook D16

- Advertisement -

DENGAN kemunculan mod kerja hibrid, komunikasi persidangan secara dalam talian turut dilihat kian menjadi pilihan kebanyakan syarikat hari ini.

Situasi ini menuntut setiap pekerja untuk memiliki peranti yang berupaya memberikan pengalaman komunikasi persidangan dan bekerja secara jarak jauh yang lebih baik.

Memahami keperluan orang ramai yang bekerja dari rumah, HUAWEI tampil dengan komputer riba terbaharu iaitu HUAWEI MateBook D16 dan HUAWEI MateBook 16s.

Kedua-dua peranti ini menawarkan pengalaman berbilang tugas yang lancar bagi membantu pengguna memanfaatkan hari mereka sepenuhnya.

HUAWEI MateBook D16 dilengkapi pemproses siri H Intel® Core™ generasi ke-12 ini mempunyai skrin yang lebih besar, lebih ringan dan padat dengan prestasi yang lebih tinggi untuk memaksimumkan produktiviti pengguna.

Dengan paparan yang besar, peranti ini turut menampilkan ciri estetik, inovatif dan pintar yang ada pada siri MateBook bagi memenuhi permintaan dan terus membawa teknologi baharu kepada lebih ramai pengguna.

Menyasarkan penggunaan kepada keluarga, pelajar, pegawai teknologi maklumat dan pegawai kewangan, HUAWEI MateBook D16 mampu memenuhi keperluan pelbagai senario termasuk tugasan pejabat, hiburan audio dan visual di rumah serta pembelajaran di sekolah.

Prestasi mengagumkan

Dengan paparan 16 inci, pengguna dapat merasai pengalaman menonton filem dan drama kegemaran selain dapat bertukar antara aplikasi yang diperlukan ketika bekerja menerusi HUAWEI MateBook D16.

Peranti ini juga dilengkapi pelbagai ciri yang memudahkan termasuk paparan HUAWEI FullView dengan nisbah skrin ke badan 90 peratus serta nisbah aspek 16:10 yang mengimbangi keperluan untuk bekerja dan hiburan pengguna.

Tidak ketinggalan, ciri hebat menerusi kamera AI 1080P, perjalanan kekunci setinggi 1.5mm, serta pad kekunci berangkanya yang bakal memberikan pengalaman terbaik buat pengguna.

Peranti mudah alih ini turut menampilkan pengecas 65W generasi ke-2 bersaiz poket dengan lebih banyak port untuk sambungan yang fleksibel.

Selain reka bentuk yang menarik dengan bezel lebih nipis, HUAWEI MateBook D16 juga ringan dengan berat 1.7kg serta ketebalan sehingga 18.4mm.

HUAWEI MateBook 16s

Bagi HUAWEI MateBook 16s, ia merupakan komputer riba berprestasi tinggi dengan skrin besar profesional yang diperakui Evo selain turut dilengkapi pemproses siri Intel® Core™ i7 H generasi ke-12.

Komputer riba ini turut hadir dengan kamera AI 1080p, bahagian luar yang tahan lasak serta papan kekunci yang luas.

Dengan paparan yang luas, HUAWEI MateBook 16s sesuai untuk mereka yang sentiasa bermain dengan data dan sukakan kualiti visual serta pengguna yang sentiasa on-the-go.

Pengalaman kolaboratif antara peranti

HUAWEI MateBook D16 dan 16s turut disambung dengan lebih banyak peranti seperti fon kepala HUAWEI, pencetak, papan kekunci dan tetikus.

Dengan keupayaannya bekerjasama secara lancar dengan produk HUAWEI termasuk telefon, tablet dan monitor, pengguna boleh berkongsi kandungan dengan lancar ke semua peranti.

Melalui sistem HUAWEI SmartOffice, pengguna dapat menikmati pengalaman kolaboratif berbilang peranti dengan pertukaran sambungan berwayar dan tanpa wayar sama ada untuk tugasan pejabat atau urusan peribadi.

Pengguna boleh menyeret ikon daripada peranti HUAWEI yang lain ke MateBook D16 yang akan berfungsi sebagai hab untuk pengalaman SmartOffice terbaik dengan kerjasama peranti.

Selain itu, MateBook D16 turut mempunyai ciri panggilan video mesra pengguna berbanding sebelum ini yang mana terdapat ciri suara peribadi dipertingkat untuk bunyi lebih jelas selain kamera AI 1080p yang pastinya menghasilkan visual lebih baik.

Pra-tempah siri HUAWEI MateBook D16

Rakyat Malaysia kini boleh merasai pengalaman bekerja secara pintar dengan HUAWEI MateBook D16 mulai 27 Julai 2022 dengan satu warna tersedia iaitu Mystic Silver dan berpeluang menerima hadiah percuma termasuk beg sandang HUAWEI bernilai RM499 serta pra pemasangan perisian Office Home & Student berjumlah RM1,028.

Bagi pengguna yang inginkan HUAWEI MateBook 16s, anda juga bakal membawa pulang hadiah menarik dengan setiap pra tempahan iaitu beg sandang HUAWEI bernilai RM499, pra pemasangan perisian Office Home & Student serta Sound Joy dengan jumlah bernilai RM1,727.

Kunjungi kedai dalam talian rasmi HUAWEI atau kunjungi HUAWEI Store untuk melihat siri HUAWEI MateBook D16 dan MateBook 16s dengan lebih dekat.

Untuk maklumat lanjut, klik pautan di bawah:

HUAWEI MateBook D16

HUAWEI MateBook 16s

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat