Kerana jawatan pun PN nak kecewa – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya kerana jawatan Perikatan Nasional (PN) menyatakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri.

Susulan kenyataan itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyenaraikan 16 tindakan yang dilakukan PN “melukakan” UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kalau nak kira kecewa, ini antara tindakan orang yang dikatakan kecewa dengan PM dari UMNO iaitu pada Ogos 2020, secara tiba-tiba tubuhkan Perikatan Nasional dengan PAS yang sebelumnya bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) sedangkan pada waktu itu masih rancak.

“Kemudian pada bulan sama juga tuntut bertanding 45 kerusi semasa PRN Sabah (daripada 73 jumlah kerusi DUN). Bila tak dapat, letak calon bebas berdepan dengan BN,” kata Shahril.

Seterusnya kata beliau, pada Oktober 2020 PN isytihar darurat tanpa sebarang perbincangan bersama parti komponen dalam kerajaan.

Bukan cuma itu, katanya lagi sejak PRU-14, Bersatu curi Ahli Parlimen UMNO dan ahli UMNO.

“Pada Februari 2021 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu minta UMNO dedah perbincangan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) manakala pada Jun 2021 pula pemuda PN membuat kenyataan bahawa Ketua Pemuda UMNO letak otak kat lutut.

“Oktober 2021, Timbalan Presiden Bersatu berkata keputusan UMNO untuk tidak kerjasama dengan Bersatu adalah pandangan peribadi beberapa pemimpin. Sedangkan itu keputusan akar umbi.

Bahkan pada Januari 2022 Ketua Penerangan Bersatu kata UMNO rakus kerana membubar DUN Johor. Bersatu setiap minggu menganggu urusan kerajaan negeri, kata Shahril lagi.

“Pada Januari 2022, Timbalan Pengerusi PN dan Presiden PAS gelar UMNO sebagai itik patah kaki. Juga Mokhtar Senik kata tiada pawang yang mampu merawat UMNO.

“Mei 2022 pula Pengerusi PN Kedah berkata bahawa kerjaya politik Presiden UMNO sedang nyawa-nyawa ikan.

“Selain itu pada Mei juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden UMNO minta beliau campur tangan dalam kes mahkamah beliau yang jelas hanya satu cerita rekaan,” ujar beliau.

Selain itu, Shahril juga memberitahu, Ketua Penerangan PAS berkata bahawa Presiden UMNO menolak MN apabila UMNO enggan terima Bersatu tetapi PAS masih memaksa UMNO terima.

“Pada Jun 2022, Pengerusi PN Kedah sekali lagi menyerang UMNO dengan mengatakan bahawa Presiden UMNO takut dipenjara. Walhal serangan ini hanya kerana UMNO tetap berpendirian tidak mahu bersama PN.

“Julai 2022, tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam keadaan di mana negara sedang berhadapan dengan isu inflasi. Pengerusi MPN buat apa? Tuntut jawatan,” bidas beliau.

Shahril berkata, hari ini, setelah pelbagai aksi tindakan dan kenyataan mencemuh BN, – tiba-tiba PN hendak kata dia yang kecewa?

“Kalau kerana soal jawatan pun boleh kecewa, agaknya apa perasaan PN selepas PRU-15 nanti? Gembira? Soalnya sinis.

Semalam, PN menyatakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma- terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, PN akan menghantar delegasi untuk menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat