Sheila dedikasi Wira Hatiku untuk petugas barisan hadapan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Niat Datuk Sheila Majid membalas budi petugas barisan hadapan yang mencurah keringat demi membantu rakyat sejak negara dilanda pandemik COVID-19, dua tahun lalu, akhirnya tertunai.

Bagi penyanyi lagu Sinaran ini, tiada yang lebih menyentuh hati apabila diberi peluang meminjamkan suara untuk single Wira Hatiku yang menjadi lagu tema filem Juang, iaitu naskhah yang mengangkat kisah pengorbanan petugas barisan hadapan atau ‘frontliners’.

“Saya selalu mahu lakukan sesuatu yang sangat bermakna untuk petugas barisan hadapan.

“Apatah lagi dengan pengorbanan dilakukan petugas barisan hadapan untuk kita selama ini,” katanya.

Single Wira Hatiku dicipta Rynn Lim serta diterbitkan Cheng Lee dan Elaine Soong. Lagu berkenaan dirakam Peter Chong, Hep Kim Fai dan Chong Soon Jet dengan iringan muzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

Susunan muzik lagu yang liriknya dihasilkan Lim itu turut mendapat sentuhan Mac Chew.

 

Tiada lebih menyentuh hati Sheila apabila diberi peluang meminjamkan suara untuk single Wira Hatiku yang juga lagu tema filem Juang, iaitu naskhah mengangkat kisah pengorbanan petugas barisan hadapan.
Tiada lebih menyentuh hati Sheila apabila diberi peluang meminjamkan suara untuk single Wira Hatiku yang juga lagu tema filem Juang, iaitu naskhah mengangkat kisah pengorbanan petugas barisan hadapan.

 

Sheila atau nama sebenar, Shaheila Abdul Majid memberitahu, single Wira Hatiku dirakam tahun lalu

“Saya anggap lagu ini ada kaitan dengan setiap lapisan masyarakat yang terpaksa menempuhi era pandemik COVID-19.

“Pastinya, single ini boleh disifatkan sebagai lagu untuk peminat yang sudah lama merindui naskhah terbaru saya.

“Susunan muzik Mac Chew cukup indah dan menyentuh hati,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembangunan Bakat MPO, Ahmad Muriz Che Rose teruja diberi peluang terbabit dalam projek single Wira Hatiku yang dianggap ‘epik’.

“Peluang diberi syarikat produksi untuk projek kolaborasi bersama Sheila bagi memberi penghormatan kepada ‘frontliners’ dianggap suatu kerjasama baik.

“Kami di MPO cukup menghargainya,” katanya.

Filem Juang diterbitkan melalui kerjasama Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor (Suhan Movies) dan Jack Lim (The Film Engine) yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

Filem ini menampilkan lima sutradara prolifik negara antaranya Yusry Abdul Halim dan Aziz M Osman.

Juang yang menampilkan pelakon Zul Ariffin, Zizan Razak, Sangeeta Krishnasamy, Janna Nick dan Izzue Islam akan menemui penonton di pawagam mulai 8 September depan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat