Bapa Azalina Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menziarahi jenazah bapa Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meninggal dunia pada Jumaat.

Zahid memaklumkan bapa Azalina iaitu Datuk Othman Said meninggal dunia dan disembahyangkan di Masjid Al Hidayah Kelana Jaya pagi ini.

“Menziarahi jenazah ayahanda Datuk Seri Azalina iaitu Datuk Othman Said yang telah kembali ke rahmatullah di Masjid Al Hidayah Kelana Jaya pagi ini.

“Semoga keluarga Allahyarham akan tabah menerima ketentuan Allah dan bersabar atas pemergiannya.

“Mari kita hadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarham semoga ditempatkan bersama golongan beriman dan bertakwa,” ucap Zahid.