KPLB dalam proses untuk bina jambatan Mansiang – ADUN Tulid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peruntukan membina jambatan merentangi sungai Mansiang sudah sudah tersedia namun, masih dalam proses dokumentasi cabutan tender kepada kontraktor.

berkata, awal Januari lalu beliau telah melawat ke lokasi ini dan memberitahu penduduk untuk menggunakan peruntukan khas ADUN Tahun 2022 bagi membiayai projek bina baharu sebatang jambatan gantung.

“Saya tidak pernah janji untuk membinanya pada bulan April, tetapi memberitahu mereka (penduduk) pada tahun ini (2022).

“Saya telah lakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan peruntukan, dan pada 23 Jun 2022 lalu peruntukan telah diperoehi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Dokumentasi tender diperingkat akhir pada ketika ini .. saya mohon penduduk supaya bersabar untuk seketika,” katanya.

Baru-baru ini tular video murid dari Kampung Mangsian Baru, Keningau di Sabah terpaksa berpaut pada batang paip besi yang licin dan merentas air deras untuk menghadiri peperiksaan di sekolah.

Banjir yang melanda kampung itu awal tahun ini melumpuhkan perhubungan penduduk,
menyaksikan mereka melakukan pelbagai kaedah untuk menyeberang sungai itu.

Fakta rekod, Low River Crossing dibina merentasi sungai Mansiang sebagai laluan penduduk untuk menyeberangi sungai yang airnya cetek ketika normal tetapi tidak dapat dilalui semasa banjir.

Pun begitu, Flovia memberitahu, kemelut tersebut berlaku sejak sebelum beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

“Masalah ini berlaku sejak sekian lama,” katanya.

Malah menurut Flovia selepas dipilih sebagai ADUN Tulid beliau meletakkan kemelut itu sebagai keutamaan tugasan.

Flovia ialah Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan kemelut yang tular itu sebagai bahan untuk mencemuh pemimpin dan kerajaan.

“Untuk makluman, saya telah melakukan yang terbaik untuk rakyat .. saya telah berusaha bersungguh-sungguh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, kekangannya ialah setiap perancangan mengambil masa untuk selesai,” jelasnya.

Justeru, Flovia meminta pemimpin di peringkat kampung supaya berusaha untuk memberi kefahaman kepada rakyat, bukan hanya mengenai isu jambatan Kampung Mansiang tetapi merangkumi semua sudut yang berkait dengan masalah rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat