Johan masuk Hot FM?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Segmen JoHaRa Era yang dibubarkan dalam satu pengumuman baru-baru ini sekaligus mengesahkan pelawak Johan tidak lagi menjadi penyampai stesen radio itu.

Namun, timbul desas desus mengatakan Johan, 38, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz bakal menyertai stesen radio Hot FM milik Media Prima Audio (MPA).

Difahamkan juga, Johan yang sinonim dengan segmen pagi turut mengendalikan segmen sama.

Sumber terdekat Harian Metro ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut, tapi memberi bayangan ada khabar gembira bakal dikongsikan stesen radio itu dalam waktu terdekat.

“Nantikan saja pengumuman yang bakal dibuat. Sedikit masa saja lagi,” katanya ringkas.

Sementara itu, wakil pengurusan MPA ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Difahamkan juga, bekas penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali turut menyertai stesen radio Hot FM.

Jika betul desas desus ini, tahniah Harian Metro ucapkan kepada Johan.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat