Derhaka terhadap Agong, UMNO desak Muhyiddin, Takiyuddin letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO menganggap tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bahkan tindakan itu dikatakan telah membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan hal demikian, mereka berdua digesa untuk melepaskan jawatan secara terhormat.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa UMNO kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingkari titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan di Parlimen seiring dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Zahid lebih mendukacitakan apabila Yang di-Pertuan Agong sendiri mendedahkan bahawa pembatalan Ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin lalu di Parlimen amat mengelirukan kerana hakikatnya ia belum lagi mendapat perkenan baginda.

“Tindakan ini jelas satu bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong malah membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

“UMNO akan meminta Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Susulan itu, Zahid mendesak ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan ke atas Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Keputusan ini bagi memenuhi sumpah jawatan selaku ahli Parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan memlihara dan melindungi serta mmepertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa,” ujarnya.

Menurut Zahid, pendirian ini juga seiring dengan asas dan matlamat penubuhan UMNO untuk sentiasa memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat