Bahas darurat 2 Ogos dah tak guna

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Darurat tamat pada 1 Ogos (Ahad) kalau bahas Isnin (2 Ogos) Proklamasi Darurat sudah jadi akademik,” kata Ahli Parlimen (PH-Pasir Gudang), Hassan Abdul Karim.

Beliau mendesak agar Dewan Rakyat memberi sedikit ruang supaya Proklamasi Darurat dibahaskan pada hari ini Khamis memandangkan ia hari terakhir untuk persidangan minggu pertama.

“Hari Isnin darurat sudah tamat pada 1 Ogos, (Proklamasi Darurat) sudah jadi akademik.

“Penting untuk kita sentuh perkara ini, dalam ordinan ini ada menyebut PRN Sarawak jadi pada 21 Julai itu maknanya perlu diadakan begitu juga dengan Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) melibatkan RM5 bilion sebab itu kita kena tengok perkara ini bahkan beribu orang kena kompaun,” hujah Hassan.

Menurut beliau selaku pembangkang mereka menyambut baik pembatalan darurat namun ia perlu dibuat bersandarkan landasan undang-undang.

“Proklamasi Darurat tidak akan disambung maknanya akan tamat pada 1 Ogos yang dekat ini, jadi saya ingin mmebantu dewan dan juga membantu kerajaan jika kedua-dua pihak bersetuju bahawa Proklamsi Darurat ini hendak dibatalkan (revoke) atau anulmen dua-dua kita bersetuju.

“Ordinan Darurat ada tujuh perkara yang telah dibentangkan atas meja kita, Kabinet telah membatalkan, itu bagus.

“Kami setuju tetapi ada baiknya prosedur pembatalan Proklamasi Darurat dan juga ordinan-ordinan itu kita buat mengikut proses Perlembagaan dan undang-undang yang betul dengan tertib.

Hal demikian kata Hassan perkara ini dibahaskan namun tidak menggangu urusan pembentangan Menteri Kewangan.

“Proses undang-undang bukan berada di tangan Kabinet tetapi dalam dewan Parlimen ini dan Perlemabgaan itu supreme.

“Saya mohon sedikit masa dewan ini kita bincang sedikit bersama kita tamatkan, kita batalkan kemudian kita kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan,” ujar beliau.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hanya memaklumkan bahawa darurat dibatalkan oleh Kabinet walaupun belum dibawa ke Parlimen.

“Kita akan bincang Isnin ini. (Tukar hari bahas) bukan bidang kuasa saya, saya tak tetapkan agenda,” katanya sebagai respons kepada permintaan Hassan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat