UMNO tak berpecah lepas singkir Tajuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyingkiran Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada barisan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak mengundang krisis dalaman parti seperti didakwa,” kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu sebaliknya menegaskan, UMNO tidak akan berpecah sebab isu pemecatan Tajuddin.

“Tiada krisis seperti yang dihebohkan. Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) jaga kerajaan dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jaga parti.

“UMNO tidak akan berpecah sebab isu Tajuddin. Biarlah beliau tumpu sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Rabu.

Bahkan kata Ahmad lagi, Presiden UMNO sudah ulangi dalam Mesyuarat MKT pada 24 Jun lalu bahawa calon Perdana Menteri atau “poster boy” untuk PRU-15 ialah Ismail Sabri.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mengulas sedemikian merujuk laporan tindakan Tajuddin yang membuat pelbagai dakwaan terhadap Presiden UMNO kelmarin, yang disifatkan pemimpin UMNO hanya mengundang kemelut dalam parti.

Malah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataanya semalam, berkata tindakan Tajuddin itu juga hanya akan menjadi peluru kepada pihak lawan bagi menyerang UMNO.

Tajuddin dalam pendedahannya kelmarin mendakwa Zahid tidak layak memimpin parti dan perlu undur diri secara terhormat.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang digugurkan jawatan itu Selasa lalu menerusi satu surat mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT, sebaliknya adalah kehendak Zahid sendiri.

Tajuddin turut mendedahkan Zahid mengetuai bagi mendatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat