Pemuda UMNO kunjungi SPRM, belajar jauhi rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengorak langkah membudayakan politik berintegriti dan bebas rasuah.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kunjungan hormat sayap parti itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan penerapan sejak awal kepimpinan muda supaya menjauhi rasuah.

“Program ini penting bagi memastikan pembudayaan politik berintegriti dan bebas rasuah dapat diterapkan sedari awal.

“Bahkan kepimpinan muda diberikan pencerahan praktis bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang amalan rasuah, pecah amanah dan apa jua yang melanggar prinsip agama, integriti dan moral,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Asyraf, delegasi Pemuda UMNO berkesempatan mengadakan kunjungan hormat dan berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selama 2 jam.

“Antara kerjasama yang disepakati adalah untuk Pemuda UMNO menganjurkan bersama dengan SPRM siri-siri latihan dan pendidikan buat kepimpinan Pemuda UMNO di semua peringkat termasuk YB-YB Pemuda yang baru dipilih dalam Pilihanraya dan Exco-Exco Kerajaan Negeri yang dilantik (8 orang) dikalangan Pemuda.

“Bersama dalam delegasi tadi bukan sahaja kepimpinan kanan Pemuda tetapi juga tiga wakil rakyat baru di kalangan Pemuda,Fairul Nizam Roslan Along, Hairi Md Shah dan Dr Akmal Saleh bersama-sama dalam memperhalusi pelbagai langkah bagi membudayakan politik integriti di kalangan pemimpin-pemimpin muda UMNO,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat