Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha 10 Julai 2022

- Advertisement -

CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1443 Hijrah pada 10 Julai 2022 yang jatuh pada hari Ahad kedua bulan depan, demikian pengumuman oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd. Aseral Jusman sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan mohor Besar Raja-Raja adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1443 Hijrah adalah pada hari Jumaat 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad 10 Julai 2022,” katanya.

Sebanyak 29 tempat cerapan di seluruh negara telah diwartakan oleh Majlis Raja-Rajabagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat