Jajaran Baharu : PKR Tunggu Keputusan Presiden UMNO Kata Abdullah Sani

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pembentukan Jajaran Baharu Politik melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan UMNO bergantung kepada keputusan akhir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik laporan Astro Awani pada Isnin, Ahli Parlimen PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa, Presiden UMNO itu boleh menggunakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meminta Ahli Parlimen parti itu keluar daripada kerajaan sekiranya tuntutan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar sidang Dewan Rakyat dipanggil dalam tempoh 14 hari tidak dipenuhi.

“Ahmad Zahid boleh mengambil peranan itu. Bagaimanapun saya tidak boleh mencampuri urusan UMNO, tetapi merasai kebertanggungjawaban itu perlu digalas semua pihak.

“Jadi selepas Ahmad Zahid membuat keputusan, maka tidak ada masalah jajaran baharu boleh dibentuk demi negara dan rakyat. Terpulang kepada Ahmad Zahid untuk membuat keputusan, semua bergantung kepada beliau.

“Kita sentiasa bersedia bila-bila masa saja… juga tidak sabar untuk bersama UMNO atau tidak kira siapa sahaja atau mana-mana parti sekalipun termasuk Bebas,” dakwanya dalam kenyataan semalam.

Abdullah berkata, kemungkinan itu sesuatu yang perlu diambil kira, jika UMNO akhirnya keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu dakwanya, Kerajaan PN akan runtuh sekiranya UMNO mengumumkan penarikan diri.

“Ahmad Zahid juga pada peringkat awal telah menzahirkan bahawa beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa.

“Kalau sekiranya Ahli-ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Alhamdulillah. Kita mengharapkan sedemikian. Apabila Ahmad Zahid menyebut jajaran baharu yang diperkenalkannya, tentulah langkah kepada pembinaan semula dan menyelamatkan negara,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini pernah dilaporkan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat