Ebit Lew bangunkan rumah anak yatim di Gaza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis, Ebit Lew menubuhkan rumah anak yatim buat anak-anak di Gaza, Palestin.

Beliau menyewa dua unit rumah untuk dijadikan Rumah Kasih Umat dilengkapi empat bilik yang setakat ini menempatkan 10 orang anak yatim.

“Sebak sayu sangat rasa, jadi saya sewa dua buah rumah untuk dijadikan Rumah Kasih Umat ada empat bilik luas dan selesa.

“Setakat ini akan menjaga 10 anak yatim dan mereka yang susah untuk dijadikan tempat tinggal dan kelas-kelas aktiviti anak-anak.

“Menangis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan. Saya tidur malam di sini terfikir risau juga. Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup melalui hidup diuji begini,” catat Ebit di Facebooknya, hari ini.

Selain itu beliau juga turut berkongsi cerita ziarah di sana.

“Kami ziarah satu keluarga, seorang ibu tunggal bersama tujuh anak kecil lagi. Ada seorang tu baby lagi. Ya Allah. Suaminya syahid baru ini asbab serangan bom. Masa mula sampai semua sedih jer.

” Saya tengok anak kecil ini hati jadi tak tahan nak menangis. Saya dah sebulan belum jumpa anak isteri dan keluarga dah terasa sayu. Inikan pula anak kecil ini kehilangan ayah mereka. Tapi masih boleh tersenyum. Seronok bila bawa hadiah. Terus semua senyum. Sempat bermain-main terbang dengan anak-anak ini.

“Saya bawa terus ke keluarga ini ke rumah kasih umat dan berikan sedikit sumbangan untuk mereka termasuk semua ibu tunggal yang lain. InsyaAllah ada cikgu yang menjaga dan menguruskan tempat ini. Kami akan bayar gajinya.

“Ya Allah terasa bersyukur sangat dapat buka kasih umat di Gaza Palestin. Beribu orang kehilangan rumah tempat tinggal, kelaparan, kehilangan orang tersayang.

” Allahuakbar. Berat rasa hati. Ketika saat saya sendiri dalam diberi pelbagai nikmat. Ya Allah ampunkanlah diriku ini,” ujar Ebit.

Dalam pada itu, Ebit juga turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya menjayakan misi itu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat