E-Mel Pembaca: Bila Menteri Sokong Inisiatif Rakyat

- Advertisement -

Baru-baru ini tular di laman twitter kritikan sesetengah netizen terhadap YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri KPKT atas sokongan beliau terhadap kempen “Bendera Putih” yang telah dimulakan oleh rakyat Malaysia.

Kempen Bendera Putih ini adalah satu langkah, yang mana sesiapa yang memerlukan bantuan, untuk mengebarkan bendera putih / kain putih di luar rumah bagi memberi tahu kepada masyarakat bahawa mereka memerlukan pertolongan.

YB Datuk Zuraida pula telah mengirimkan tweet menyokong inisiatif tersebut, mungkin kerana ia merupakan satu inisiatif yang baik bagi mengenalpasti, ahli komuniti yang memerlukan pertolongan.

Namun begitu, tweet Menteri KPKT tersebut telah menerima kecaman hebat oleh netizen. Tidak pasti mengapa netizen Malaysia begitu marah, mereka menuduh YB Datuk Zuraida dengan pelbagai tuduhan tidak munasabah.

Jelas di sini Menteri KPKT tersebut hanya mahu membantu, bagi menularkan lagi inisitif yang baik tersebut. Tidak kira siapa pun yang memulakannya, inisiatif komuniti seperti ini sewajarnya disokong oleh menteri dan juga pemimpin masyarakat.

Bila sesuatu kempen tidak dipedulikan lantas masyarakat mengecam mereka yang berkuasa. Namun, bila yang berkuasa peduli dengan inisiatif yang telah dimulakan oleh rakyat, dilemparkan pula kata-kata nista dan kejian. Jadi, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh masyarakat pada ketika ini?

Sebagai antara yang terkesan hebat dengan PKP dan “lockdown” penulis merasakan tindakan YB Zuraida adalah suatu perkara yang wajib dipuji.

*Untuk pengetahuan umum, kempen “Bendera Putih” yang dilaksanakan oleh masyarakat ini adalah selaras dengan Dasar Komuniti Negara yang telah diilhamkan oleh YB Zuraida sendiri. Yang mana, masyarakat diseru agar dapat bantu membantu sesama sendiri dalam apa jua keadaan.*

Sudah tentu melihat inisiatif yang amat baik seperti ini, YB Zuraida yang peka dengan keadaan semasa, telah menggunakan platform media sosialnya untuk menghebahkan lagi agar dapat dilaksanakan di seluruh negara. Ini contoh pemimpin yang sedar apa yang berlaku di sekeliling beliau.

Tuntasnya di sini, walaupun kita semua dalam keadaan tertekan, janganlah kita terus serkap jarang dan mengandaikan setiap perkara yang dipaparkan di media sosial sebagai perkara negatif sahaja.

Kepedulian YB Zuraida berkenaan isu semasa perlu dilihat dalam konteks positif. Disebabkan tweet beliau, kini lebih ramai rakyat sedar akan inisiatif “Bendera Putih” yang dimulakan oleh masyarakat kita sendiri.

Pawana Biru,
Batu Pahat,
Johor

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat