TVET Mara sedia bantu 10,160 pelajar tak hadir SPM 2023, usaha martabat Bumiputera – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Buat 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM 2023, boleh mohon GiatMARA di mana-mana 232 cawangan seluruh Malaysia, seru Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) MARA boleh bantu latih kemahiran sehingga ke peringkat tertinggi.

Jelas Asyraf, GiatMARA juga telah mengenal-pasti bidang-bidang baharu yang diperlukan di pasaran termasuk bidang berteknologi tinggi seperti Artificial Intelligence (AI), IOT, Robotik, Electrical Vehicle (EV), Renewable Energy Vehicle (REV) dan banyak lagi.

“Ini semua dilakukan dengan kerjasama rapat dengan pemain-pemain industri agar tenaga mahir yang dilatih di GiatMARA terjamin peluang pekerjaan Insya-Allah.

“Malah GiatMARA sedang membuat kajian secara holistik semua programnya agar berdaya maju dan mampu menyediakan tenaga mahir mengikut piawaian pasaran dan industri di peringkat antarabangsa.

“Ini selaras dengan saranan Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara untuk memastikan TVET menjanjikan gaji premium kepada anak-anak muda dan menjadi pilihan utama kerjaya masa depan,” kata Asyraf.

Kata beliau, ini adalah amanah yang perlu beliau galas sebaiknya untuk pastikan agenda Bumiputera dan Melayu terus diperkasa dan dimartabatkan.

“Setiap manusia dijadikan Allah punya kekuatan tersendiri.

“Yang kurang cemerlang dari segi akademik yang berorientasikan membaca dan peperiksaan bertulis, boleh cemerlang dalam bidang kemahiran seperti bidang TVET,” ujarnya.

GiatMARA menawarkan pelbagai tahap sijil kemahiran di 232 pusat seluruh Malaysia. Syarat kemasukan hanya memerlukan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Minat dalam bidang yang dipilih.

Antara kursus yang mempunyai permintaan yang tinggi kursus teknologi automotif, pendawaian elektrik, masakan dan pramusaji , fesyen teknologi dan lain-lain.

Dengan pensijilan GiatMARA, lepasan pelatih boleh meneruskan kerjaya sama ada terus bekerja, menjadi usahawan dan melanjutkan pelajar dalam bidang TVET sehingga ke peringkat tertinggi dan mendapat sijil professional.

Sebagai contoh dalam bidang pendawaian elektrik, pelatih laluan terendah dengan hanya tamat tingkatan 5 meneruskan pengajian:
a) Sijil Kompeten PW2 dari Suruhanjaya Tenaga (2 tahun) kemudian;
b) Sijil Kompeten PW4 (1 tahun) yang mampu mendapat tawaran pekerjaan bergaji dari RM2,000.00 ke RM2,700,00 atau:,
c) Pensijilan chargeman A1 (2 tahun) yang menawarkan gaji bermula tahun RM3,000.00 sehingga RM4,000.00 kemudian;
d) Persijilan chargemen A4 (1 tahun) yang menawarkan gaji bermula RM3,500.00 sehingga RM6,000.00
Bukan itu sahaja para pelatih ini boleh menyambung pengajian ke IKM selama 2 tahun di peringkat diploma dalam Sijil Chargeman B0 yang menawarkan gaji bermula RM7,000.00 dan boleh menaiktaraf pensijilan selama 2 tahun ini ke peringkat Chargeman B4 yang menawarkan gaji bermula RM12,000.00-RM15,000.00.

Secara total, 8 tahun jangka masa bermula dari serendah GiatMARA dengan hanya syarat 3M (Membaca, Menulis, Minat) ini dapat membawa kejayaan buat pelatih sehingga mencapai gaji sebanyak RM12,000 ke atas dan bidang ini mempunyai permintaan pekerjaan yang tinggi daripada industri-industri.

Untuk mendaftar boleh layari: https://giatmara.edu.my/borang-permohonan-sepenuh-masa/

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat