Wanita Warga Emas Rugi RM565,700 Gara-Gara Terjerat ‘Love Scam’

- Advertisement -

TAIPING – Akibat terjerat dengan ‘cinta maya’, seorang warga emas akhirnya diperdaya sindiket ‘Love Scam’ hingga mengalami kerugian RM565,700 sepanjang tujuh bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, berdasarkan laporan, wanita berusia 68 tahun itu memaklumkan dia mula berkenalan dengan suspek dikenali sebagai Ding Nai Wei yang kononnya seorang doktor menerusi Facebook pada 16 September lalu.

“Sepanjang tempoh perkenalan itu, mangsa memasukkan jumlah wang melalui 69 transaksi ke atas 13 akaun bank berbeza bermula 4 Oktober hingga 21 Mei lalu.

“Suspek berjanji memberikan RM5 juta apabila bertemu mangsa sekiranya ke Malaysia, namun mangsa yang menyedari ditipu lelaki berkenaan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Osman berkata, susulan laporan itu, polis akan membuat permohonan kepada bank terbabit bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun bank untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat