Farhash Wafa Ragu Keputusan Tak Rasmi Pemilihan PKR, Tuntut Laporan Forensik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Mubarak mendakwa keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR 2022 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini mempunyai keraguan.

Farhash mendakwa mempunyai bukti dan dokumentasi kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi selain gesaan untuk parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan itu.

“Bantahan kami adalah terhadap keputusan undian fizikal dan juga pengundian atas talian (PAT). Kami dapati keputusan bagi Cabang Gombak tidak munasabah, berbanding kehadiran penyokong kami secara fizikal dan juga pengundian atas talian yang kami rekodkan.

“Satu laporan forensik yang meneliti setiap undi PAT dan fizikal perlu dijalankan oleh satu entiti bebas yang dipersetujui oleh semua pihak.

“Pihak JPP dan pimpinan parti perlu mengambil tindakan sewajarnya dan membetulkan keadaan sekiranya terbukti sistem pemilihan dan keputusan telah dikompromi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, JPP memaklumkan, seramai 147,334 ahli PKR mengundi dalam pemilihan kali ini atau 13.17 peratus keluar mengundi dari 1,118,423 ahli yang layak mengundi kali ini.

Setakat pukul 3 petang tadi, empat negeri sudah mengumumkan keputusannya iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Berdasarkan keputusan undian di Cabang Gombak menerusi www.pemilihankeadilan2022.com, Farhash tewas selepas memperoleh 1,215 undi, gagal menyaingi pencabarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amiruddin yang juga Menteri Besar Selangor memperoleh 1,858 undi, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Gombak pada penggal seterusnya.

Farhash yang merebut jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan kali ini turut berada di tempat kedua dalam empat slot bagi jawatan itu di cabang berkenaan. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat