Jahil Jadikan Kipas Sebagai Makmum – Mufti

- Advertisement -

GEORGE TOWN: Tindakan beberapa pihak terutama golongan muda yang menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat seperti dalam video tular menunjukkan mereka jahil dalam agama Islam.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata perbuatan mereka itu jelas menunjukkan sengaja mempersendakan dan tidak menghormati agama Islam.

“Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya, saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.

“Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebenarnya perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama dan mempersendakan Islam jelas berdosa besar serta boleh merosakkan akidah seseorang.

Wan Salim berkata jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Ia susulan video tular baru-baru ini, khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat