Berjaya buat laporan polis, siasat sumber tak dinamakan Bloomberg terkait kasino

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berjaya Corporation membuat laporan polis terhadap dakwaan artikel Bloomberg mengaitkan pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terlibat dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kasino di Forest City, Johor.

Dalam kenyataan, Berjaya berkata pihak guaman syarikat memfailkan laporan pada Jumaat, menggesa polis mengenal pasti identiti sumber tidak dinamakan dipetik laporan itu.

Berjaya mendakwa penerbitan atau penerbitan semula artikel “dibuat dengan niat jahat, bertujuan mencetuskan pergolakan politik, menjejaskan kepercayaan orang ramai, dan pemesongan persepsi umum” kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan perdana menteri.

Syarikat berkenaan menuduh sumber tidak dinamakan itu menyebarkan kenyataan tidak benar dan palsu, sambil menegaskan media menyiarkan laporan tersebut tidak berusaha mengesahkan dakwaan sebelum ia diterbitkan.

Artikel terbabit diterbitkan perkhidmatan berita, Bloomberg dan diterbitkan semula The Edge Singapore memandangkan ia laporan bersindiket. The Business Times of Singapore memetik sumber mereka mengesahkan perbincangan didakwa itu.

Berjaya menegaskan bahawa Tan tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak dilaporkan, termasuk Anwar, Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting, termasuk wakil Sultan Ibrahim.

Anwar dan Genting menafikan laporan itu, dengan perdana menteri menyeru tindakan diambil apa digambarkan sebagai penipuan dalam artikel Bloomberg.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat