Ziarah kasih pegawai PM kunjungi pengamal media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menziarahi bekas pengamal media terutamanya mereka yang uzur.

Kunjungan ziarah kasih ini diketuai oleh Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir yang menziarahi bekas jurugambar Utusan Malaysia, Ghazali Basri di Taman Jati, Rawang, Selangor pagi Jumaat.

Ghazali, 53, yang mempunyai enam anak disahkan mengidap dimensia sejak beberapa tahun lalu tidak mampu bekerja.

Dia yang hilang mata pencarian selepas Kumpulan Utusan ditutup 2019 dan hanya mengharapkan dua anaknya untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Yang hadir sama, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Azmi Tarmizi dan Pegawai Khas Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Azran Fitri Rahim.

Turut diziarahi keluarga Allahyarham Datuk Baharom Mahusin dan Allahyarham Datuk Jalil Ali. Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Pengarang Sinar Harian.

Pada masa sama, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Kelab Media Putrajaya telah menyalurkan sumbangan kepada 30 orang pengamal dan bekas pengamal media yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat