Pahang Berjaya Langsai Hutang RM100 Juta Dalam Tempoh Singkat – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan Kerajaan Negeri Pahang bejaya melangsaikan hutang berjumlah RM100 juta dengan Kerajaan Persekutuan dalam jangkamasa yang singkat.

Katanya, pinjaman Persekutuan pada tahun 2021 yang berjaya dilangsaika itu ialah pinjaman bagi membiayai keperluan kewangan Negeri Pahang sebanyak RM100 juta bermula November 2015.

Jelas Wan Rosdy, bagi menyelesaikan hutang ini, Kementerian Kewangan pada 13 November 2020 telah bersetuju bahawa sebahagian hutang ini berjumlah RM54.874 juta yang digunakan untuk perbelanjaan banjir ditukar kepada geran manakala sebahagiannya lagi berjumlah RM45.125 juta distrukturkan semula.

“Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah menyelesaikan Pinjaman Persekutuan pada tahun 2021 iaitu pinjaman bagi membiayai keperluan kewangan Negeri Pahang sebanyak RM100 juta bermula November 2015.

“Bagi menyelesaikan hutang ini, Kementerian Kewangan pada 13 November 2020 telah bersetuju bahawa sebahagian hutang ini berjumlah RM54.874 juta yang digunakan untuk perbelanjaan banjir ditukar kepada geran manakala sebahagiannya lagi berjumlah RM45.125 juta distrukturkan semula.

Menurut Wan Rosdy, penyelesaian sepenuhnya pinjaman ini telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2021 dengan bayaran tunai terakhir berjumlah RM3.26 juta kepada Kerajaan Persekutuan.

“Alhamdulillah, penyelesaian sepenuhnya pinjaman ini telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2021 dengan bayaran tunai terakhir berjumlah RM3.26 juta kepada Kerajaan Persekutuan.

“Suka saya nyatakan di sini, keupayaan kita untuk menyelesaikan hutang ini dengan lebih awal adalah disebabkan kedudukan kewangan negeri Pahang yang semakin kukuh menyebabkan segala perancangan yang telah kita rancang berjaya kita laksanakan.

“Baru-baru ini, sebanyak RM2.1 bilion hutang Kerajaan Negeri Pahang terhadap Kerajaan Persekutuan dihapus kira melalui Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Pahang.” kata Wan Rosdy. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat