Balik Kampung: Pemandu Potong Barisan Akan Berdepan Tindakan – Polis

- Advertisement -

GOMBAK – Pemandu yang memotong giliran di lebuh raya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Demikian amaran Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat kepada semua pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung halaman bermula hari ini.

Ujarnya, JSPT Selangor memandang serius tindakan terbabit yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk.

“Kita sentiasa membuat pemantauan terhadap lima kesalahan utama dalam Op Selamat, begitu pun kami akan ambil perhatian serius bagi potong ‘Q’ dan memandu di garisan kecemasan.

“Kami di JSPT Selangor ada sediakan satu talian telefon kepada pengguna yang sempat merakam mohon rakam (video) dan nyatakan tempat berlaku kejadian itu untuk pendakwaan.

“Amaran orang potong ‘Q’ awas, selain penguatkuasa, anda juga diperhatikan rakan pemandu anda sendiri. Diminta anda memandu ikut peraturan,” jelasnya ketika ditemui di Plaza Tol Gombak pada Jumaat.

Sementara itu mengulas mengenai aliran trafik, jelas Azman, pihaknya menjangkakan pertambahan bilangan kenderaan terutama di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula malam ini.

“Kami menjangkakan begitu, orang ramai akan ambil peluang untuk pulang ke kampung halaman. Hari ini rata-rata warga kota baru habis kerja dan esok cuti, jadi malam ini tol percuma juga diberikan sehingga Ahad.

“Saya percaya lebih ramai ambil peluang pulang ke kampung, aliran trafik dijangka meningkat dalam tempoh 48 jam ini,” jelasnya lagi.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan agar mengikuti peraturan ditetapkan agar mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya suka menasihatkan semua penunggang dan pemandu kenderaan pulang ke kampung, kami tahu anda ghairah pulang ke kampung bersama keluarga selepas dua tahun kita berhari raya di Lembah Klang.

“Saya memohon anda ikuti jadual dikeluarkan PLUS dan Anih Berhad. Memandu berhati hati dan sentiasa ikut undang-undang, kena sentiasa ‘defensive driving’ dalam mengelakkan terbabit dalam kemalangan,” katanya lagi.

Pemerhatian Astro AWANI di Plaza Tol Gombak sejak petang tadi mendapati bilangan kenderaan bertambah setiap masa.

Bagaimanapun sejak jam 7.00 malam, aliran trafik mulai sesak di KM 24 sehingga KM 37.9 (Genting Sempah).

Turut sesak di KM 39.3 sehingga KM 43 (Bukit Tinggi). Orang ramai yang ingin memulakan perjalanan diminta mengikut jadual perjalanan dikeluarkan PLUS dan Anih Berhad. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat