Aliran Trafik Dijangka Mulai Sesak Malam Ini – Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik mengalami kesesakan teruk menjelang tengah malam ini berikutan pemberian tol percuma oleh kerajaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, lantaran itu anggotanya sudah bertugas mengawal lalu lintas sejak semalam.

Menurutnya, buat masa ini aliran trafik masih terkawal walaupun ada berlaku kesesakan sedikit terutama pada waktu puncak.

“Aliran yang sesak itu berikutan ada yang balik dari bekerja namun pergerakan keluar dari Selangor masih terkawal.

Buat masa ini kita lebih menumpukan pada Op Lancar bagi memastikan aliran trafik dari Lembah Klang ke semua arah iaitu utara, timur dan selatan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Plaza Tol Gombak, di sini, hari ini.

Azman berkata, pihaknya juga menjangka aliran trafik akan sesak bermula malam ini selepas esok mereka mula bercuti ditambah dengan pemberian tol percuma bermula tengah malam ini.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan dalam keghairahan pulang ke kampung menyambut raya, patuhilah peraturan jalan raya dan mengikut jadual perjalanan yang sudah ditetapkan,” jelasnya.

Beliau berkata, pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi peraturan dengan tidak memotong ‘Q’ dan menggunakan lorong kecemasan yang akan menyebabkan kesesakan

“Pengguna jalan raya yang lain boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis seandainya ada melihat pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan terbabit,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat