Karenah polis larang rentas negeri buat anak terkilan cuma sempat lihat tubuh kaku abah

KUALA LUMPUR – Larangan rentas negeri ternyata benar-benar mengundang sesal tidak berkesudahan si anak apabila tidak mendapat kebenaran polis untuk membawa ayahnya mendapatkan rawatan buah pinggang.

Sehingga pulangnya hanya apabila ayah tersayang sudah pergi ke negeri abadi.

Berkongsi kisah hiba 16 Ramadan pemilik akaun Facebook Aida Najwa Nasir bercerita bagaimana karenah polis melarang dia merentas negeri untuk membawa ayahnya ke pusat dialisis di Seremban.

Kata Aida Najwa zaman sekarang ini hendak berjumpa mak dan ayah pun tak boleh walaupun mereka sakit namun hanya dibenarkan apabila sudah meninggal.

“Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas. Hari Sabtu Abah call. Abah kata ‘Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis’

“Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, jadi aku kena la pergi mohon kebenaran rentas negeri daripada polis. Aku sampai je pondok polis, polis tanya ‘Cik nak pergi mana?’

“Aku pun jawab saya nak ambil abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban. Masa tu aku belum dapat surat rujukan ke hospital. Jadi tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak ambil abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital. Aku mengharapkan polis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.

” Ok lepas tu polis tanya ‘selalu siapa hantar dan ambil?’ Aku cakap makcik saya. Kemudian polis cakap ‘habis tu mak cik mana? Dah mati?

“Allah saja tahu rasa hati macam mana. Kau dah la tak nak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan. Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.

“Aku pun cakap ‘mak cik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni.

“Aku tolong Abah pun bukan selalu. Memang selalu mak cik yang hantar dan ambil abah dari pusat dialisis tu. Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, polis tak lepaskan. Itu abah kandung aku. Bukan orang lain. Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.

“Ok lepas itu polis cakap ‘awak tak ada adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Seorang lagi tak boleh memandu.

Polis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai memandu, takkan tempah Grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni. Aku masih sabar. Aku cakap ‘Encik, abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan,” cerita Aida Najwa lagi.

Kemudian katanya, polis terus bertanya “tak adae jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran sedangkan aku ini anak sendiri.

“Aku bukan tak lampirkan bukti abah sakit. Aku cetak surat dialisis abah, kad pengenalan abah, kad OKU abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.

“Polis pun cakap ‘Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh.

“Aku rasa sedih gila dan hampa dengan layanan polis yang seakan memandang rendah urusan aku. Kemudian aku telefon abah. Aku kata abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.
Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa abah sampailah akhir hayat dia.

“Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka sakit pun tak boleh. Dah meninggal baru dapat jumpa.
Dapatlah aku jumpa abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi. Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.

“Memang aku tahu jodoh ajal semua Allah dah tentukan. Cuma aku sedih sebab tak dapat nak ada dengan abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat.

“Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri. Moga kebaikan abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadan.

“Untuk keluarga yang dah susah payah jaga abah, along ucapkan terima kasih banyak-banyak. Along takkan mampu balas jasa semua. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian.

” Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100 peratus, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga.

“Moga abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik-adik. Berehatlah. Along sayang abah.Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah,” titipnya di Facebook.

//

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...