3,332 Kes Baru Covid, 15 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu COVID-19 dalam negara kekal lebih 3,000 dengan jumlah jangkitan baharu pada 29 April adalah 3,332 kes menjadi jumlah keseluruhan 404,925 kes.

Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,083 kes diikuti Sarawak (522), Kelantan (401) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (359).

Hanya Labuan satu-satunya negeri yang tidak merekodkan sebarang kes baharu pada 29 April.

“Sebanyak 45 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Lenggeng (43 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes),” katanya dalam kenyataan perkembangan harian kes COVID-19.

Manakala kes sembuh pula sebanyak 1,943 kes menjadikan jumlah kumulatif kes 375,340 kes.

Sebanyak 15 lagi kes kematian direkodkan pada 29 April menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,492 kes.

“Terdapat 15 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor, dan Sabah.

“Sebanyak 14 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara,” katanya lagi
Manakala kes sembuh pula sebanyak 1,943 kes menajdikan jumlah kumulatif kes 375,340 kes.

Sebanyak 15 lagi kes kematian direkodkan pada 29 April menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,492 kes.
Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 28,093 dengan 309 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 147 memerlukan bantuan alat pernafasan. – Awani

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Langgar SOP: Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas, Gesa Penjarakan Neelofa

KUALA LUMPUR - Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali meminta kerajaan bertindak tegas memenjarakan Neelofa atas kesalahan berulang kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)...