Jangan Jadikan Parti Eksklusif Milik Keluarga Kata Tun Faisal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menasihatkan agar pemimpin-pemimpin politik tidak menjadikan parti seperti milik keluarga.

Kata Tun Faisal,  ramai lagi di luar sana yang muda, berkelayakan, berbakat, bijak serta bertenaga. ,

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar para pemimpin tidak terlalu memegang  banyak jawatan kerana mustahil dapat melakukan tugasan yang di amanahkan dalam tempoh 24 jam.

“Jangan pegang terlalu banyak jawatan, kita hanya ada 24 jam sehari, tak mungkin kita mampu buat terlalu banyak perkara.

“Jangan pegang terlalu lama. Sampai masa lepaskan kepada yang lebih layak, yang lebih banyak idea, yang lebih muda dan bertenaga.

“Jangan jadikan jawatan milik ahli keluarga. Jangan memilik keluargakan organisasi di mana kita memegang jawatan. Ramai sahaja yang layak di luar sana. Bukan ahli keluarga kita sahaja yang paling berbakat dan paling bijak,” kata beliau dalam catatan Facebooknya.

Menurut Tun Faisal lagi,  jawatan adalah satu amanah yang berat, dipinjamkan kepada kita sebagai khalifah untuk menguruskan dunia, dan sebagai seorang Islam, untuk memartabatkan Agama Islam dan Ummahnya.

Jawatan bukan untuk kepentingan peribadi, keluarga, kumpulan dan kroni, tegasnya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat